Wednesday 9 September 2015

Analisis Penyakit Melalui Kedudukan Jerawat


#10 PUNCA MASALAH RESDUNG (Resah Hidung)




Punca resdung bergantung pada tahap alahan, kekuatan dan ketahan imunisasi badan. Ada banyak punca yang menyebabkan Resdung (Sinusitis) boleh berlaku. Namun begitu punca-punca ini berbeza mengikut setiap individu dan bergantung kepada tahap alahan yang berlaku kepada seseorang itu.
Berikut senarai beberapa penyebab Resdung (Sinusitis) yang mudah berlaku terutamanya orang dewasa ataupun kanak-kanak:

Punca #1 - VIRUS

Kebanyakan jangkitan 'Sinusitis' bermula dari bersin kemudian selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema (Rhinovirus) kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Kebiasaanya dipanggil sebagai 'Nasal Polip', ketumbuhan dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat. Akibatnya lendir atau cecair 'Sinus' tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan Resdung.

Punca #2 - ALAHAN (Allergic Rhinitis)

Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan bahagian muka dan rongga 'Sinus'. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom Resdung yang lain. Menurut Sonia Bains (pembantu Professor MD) dari Division Carolina Selatan, mereka yang mempunyai alahan adalah lebih mudah untuk mendapat Resdung berbanding mereka yang normal.

Alahan Seafood (Makanan Laut) :
Ada sebahagian penghidap Resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang (belacan), ketam, sotong, ikan bilis dan sebagainya.

Bulu Binatang

Debu Hama

Debu/Habuk

Minyak Wangi

Cuaca Terlalu Sejuk

Penghidap Penyakit Asma/Bekas Pesakit Asma

Terdedah Dengan Asap/Udara Tercemar

Keturunan/Sejarah Keluarga

KENALPASTI apakah punca yang menyebabkan hidung anda mengalami alahan samada daripada seafood atau debu/bulu binatang.

Punca #3 - BAKTERIA

Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah menyerang sistem imunisasi badan bersamanya virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada 'Sinus' tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada.

Menurut William J. Hueston (MD, Prof dan Pengerusi Department of Family Medicine) dari University Perubatan Carolina Selatan, Charleston. Kemungkinan besar bakteri yang campur tangan ini adalah dari Streptococcus pneumonia atau Hemophilus influenza.

Punca #4 - Polip Hidung (Nasal Polip)

Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan badan dan juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Nasal Polip juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak. Menurut Dr Hueston, alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan 'pembengkakkan' jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. Mereka yang mempunyai masalah Polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.

Punca #5 - Pencemaran Udara dan Bahan Kimia 

Bahan alahan dan pencemaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Zarah-zarah dan molekul yang terapung di udara beberpunca daripada asap kilang atau kenderaan boleh menjadi sebab utama kepada masalah Resdung.

Bahan kimia seperti minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsaan pada sesetengah individu. Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung, ini diakui oleh Dr Brains.

Punca #6 - Mandi Di Kolam Renang

Bagi yang mudah terdedah dengan jangkitan 'Sinus', ini fakta yang perlu diketahui. Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding 'Sinus'. Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam.

Punca #7 - Jangkitan Kulat (Fungus/Fungi)

Dr Hueston menyatakan bahawa jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada 'Sinus' yang paling jarang berlaku. Jnagkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.

Punca #8 - Merokok

Rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding 'Sinus'. Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedut.

Punca #9 - Kekurangan Air/Udara Yang Kering

Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mucus (lendir hidung) semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepda gejala resdung yang lebih teruk.

Punca #10 - Struktur Hidung Yang Berbeza

Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan 'Sinus' adalah tinggi apabila seseorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan 'Sinus' yang berbeza dari nirmal atau dengan Nasal Polip.

Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukan bukaan di rongga 'Sinus' lalu menghalang pembuangan mucus. Mucus yang gagal dibuang inilah yang menambahkan risiko jangkitan bakteria pada 'Sinus'. Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.