Saturday 22 November 2014

Nikmati kelegaan dengan 4 Pakej Rawatan Resdung kami

Terdapat 4 Pakej Rawatan yang menjadi pilihan anda di PR. Setiap dari pakej rawatan ini mempunyai kebaikan yang tersendiri untuk merawat masalah sinusitis anda.

PROMOSI SETIAP BULAN

Normal Resdung
1. Normal Resdung (4 in 1)
Normal Price : RM45
Promosi         : RM30
Masa              : 30 minit

  •  Merlimau, stim muka, rawatan resdung dan cleansing. 
  •  Tidak sesuai untuk pesakit asma.

2. Resdung Facial: Gabungan Rawatan Resdung & Facial Treatment


Resdung Normal Facial

i. Resdung Normal Facial (7 in 1)
Normal Price : RM90
Promosi         : RM50
Masa              : 60 minit

  • Merlimau, stim muka, rawatan resdung, cleansing, scrubing, urutan wajah dan masker wajah.
  • Tidak sesuai untuk pesakit asma.

Resdung Full Facial

ii. Resdung Full Facial (11 in 1)
Normal Price : RM120
Promosi         : RM70
Masa              : 1 jam 30 minit

  • Merlimau, stim muka, rawatan resdung, cleansing, scrubing, whitehead & blackhead removal, masker wajah, serum kulit, urutan wajah, laser treatment dan peel-off masker.
  • Pesakit asma tidak sesuai untuk rawatan ini.


Bekam Resdung

3. Bekam Resdung 
Price Treatment : RM50
Masa                  : 30 minit

  • Urutan muka, bekam angin & bekam basah di 6 point muka (4 kali pam).
  • Asma digalakkan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Terapi Sinus Bioherba
4. Terapi Sinus Bioherba (8 in 1)
Normal Price : RM120
Promosi         : RM70
Masa              : 40 minit

  • Pemeriksaan resdung, terapi bio-stim wajah, terapi tradi, urutan wajah 3D, terapi acupressure, terapi bio-sin, terapi eye bag dan aura refreshing.
  • Sesuai untuk asma dan tidak digalakkan bagi ibu mengandung.

Anda boleh booking untuk treatment whatsapp/ sms: 013-5239392

Thursday 20 November 2014

Bekam Detoks terbaik!

Bekam sebagai detoks terbaik untuk anda.
Ramai telah berhabis beratus ringgit untuk detoks. Seperti yang diketahui umum berdetoks seperti kita flushing semua toksid dan lemak dalam badan untuk meringankan dan menyegarkan badan. Ramai yang memilih kaedah detoks untuk menurunkan berat badan kerana ia meningkatkan metabolisme badan.

Apabila metabolisme badan kita meningkat keupayaan badan membakar makanan yang kita ambil akan lebih cepat dan kurang lemak yang akan disimpan dan mengurangkan keinginan kita untuk makan lebih atau berulang.
 
Tahukah anda di Penawar Resdung harga pakej rawatan hanyalah serendah RM70 (Pakej Standard) dan RM110 (Pakej 1 Badan).

Berbaloi kan? Anda tak perlu berulang ke tandas untuk flushing pun. Dan selepas rawatan anda akan rasa seperti biasa (tak sakit perut langsung).
   

Friday 14 November 2014

Jerawat menjejaskan keyakinan diri saya

Saya hanya pandang dia dari jauh sahaja. Saya tak yakin untuk berhadapan atau bercakap dengan dia kerana masalah jerawat yang serius. Sudahlah saya menahan sakit jerawat ni dan sering diperli rakan-rakan sekelas. Saya lagi suka terperap di dalam bilik dari keluar bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Ini membuatkan saya hilang keyakinan diri dan menjejaskan emosi harian. Saya puas mengamalkan segala petua dan tip tetapi masih tidak berjaya dan ada masanya ia tumbuh semakin banyak. Saya benci dengan keadaan ni.
Keluhan seorang pelajar IPT

Tidak semua orang memiliki kulit yang cantik dan bebas cela, sememangnya jerawat adalah musuh bagi semua orang yang pernah mengalaminya. Rasa benci yang sangat mendalam dan tidak mahu ia terus berlaku setiap hari.

Kenapalah jerawat ni nak tumbuh sangat?
Fahami kenapa ia terjadi. Percayakah jika saya katakan anda adalah puncanya?
Semuanya bermula dari kita.

5 Langkah untuk menghalang jerawat tidak muncul sampai bila-bila pun

Minum air masak secukupnya
Air masak membantu menyingkirkan toksid dari badan anda. Anda kerap minuman manis dan jarang untuk minum air masak. Amalan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk keperluan tubuh badan. Jangan bimbang jika anda kerap ke tandas untuk membuang air. Sentiasa bekalkan diri anda dengan bekalan air masak secukupnya dan kurangkan minuman manis.

Jangan sentuh kulit muka
Kuku dan jari anda mengandungi banyak bacteria. Menyentuh atau mengaru kulit menyebabkan berlaku jangkitan pada kulit anda dan menjadikan ia lebih teruk. Mungkin sudah menjadi tabiat untuk memicit jerawat dan whitehead kerana bagi anda ia kelihatan merimaskan.

Pengambilan vitamin C
Vitamin C sangat bagus untuk kulit anda. Anda boleh memilih untuk memakan buah-buahan atau supplement dan lakukannya secara konsisten. Ada pendapat yang mengatakan pengambilan vitamin C membantu kita mendapatkan usus yang bersih, ini kerana usus yang bermasalah menyebabkan nutrient dari makanan gagal diserap dengan baik. Vitamin C bertindak membersihkan permukaan usus supaya meningkatkan penyerapan nutrient. Disamping itu juga, vitamin C membantu menyejukkan badan kerana peningkatan suhu badan turut menyumbang kepada pengeluaran minyak pada muka dan badan.

Kawal emosi anda
Selalu stress atau mudah beremosi juga menyebabkan timbulnya jerawat ini. Belajar menguruskan stress dengan baik. Contohnya beri masa untuk diri anda untuk beriadah atau bercuti bersama-sama rakan untuk melupakan seketika urusan kerja dan masalah yang dihadapi.

Elakkan pemakanan penyebab jerawat

Makanan juga penyebab jerawat ini muncul. Pastikan makanan yang bagaimana menyebabkan jerawat anda ini muncul. Selalunya makanan seperti kacang, pedas, berminyak dan kolestrol tinggi bertindakbalas pada kulit anda. Pilih makan yang berkhasiat dan ambil supplement yang bersesuaian. 

Sunday 9 November 2014

Boleh ke orang lelaki berfacial?



Mungkin masih ada yang berasa janggal lagi jika dikatakan 'lelaki berfacial'. Selalunya facial dikaitkan untuk menjaga kecantikan kulit yang sinonim dengan 'orang perempuan' dan bukannya lelaki. Orang lelaki nak sapu bedak talkum biasa kat muka pun tak mahu apatah lagi nak berfacial?

Suatu masa dahulu ini lah mentaliti masyarakat mengatakan lelaki tak sesuai berfacial, orang akan nampak macam lelaki tu pakai kasut tumit tinggi. Mungkin itu dulu, berfacial tidak terhad kepada orang perempuan, ianya menjadi keperluan untuk masa kini kepada orang lelaki juga. Sebagai contoh, di kedai gunting rambut Muthu, selain ditawarkan khidmat mengunting rambut mereka juga menawarkan rawatan urutan muka, ianya adalah sebahagian dari facial itu sendiri. Ianya tidak terhad di kedai gunting rambut sahaja, ada spa-spa yang menerima customer dari lelaki untuk berfacial.

Mereka ini boleh terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan profesion serta mereka sanggup 'melabur' kerana kebaikan berfacial itu sendiri. Pernahkah anda berfacial? Bagi yang belum pernah merasai kehebatan berfacial ini kami kongsi untuk pengetahuan anda.

TURBOKAN HARI ANDA DENGAN 5 KEHEBATAN BERFACIAL 
  1. Merehatkan minda yang kusut - Cuba anda fikirkan bergelumang dengan pelbagai tugas yang rumit dan merimaskan, akhirnya tiada satu tugasan pun dapat diselesaikan dengan jayanya. Facial akan membuatkan kita lupa setika dan menstabilkan emosi dan menenangkan fikiran. Ini kerana sentuhan point stress yang terdapat pada muka memberikan mood tenang dan tenteram. 
  2. Meningkatkan keyakinan diri - Mungkin anda melalui hari-hari yang mendukacitakan dan berdepan dengan banyak tugasan yang gagal disiapkan sehingga menjejaskan kepercayaan bos kepada diri anda. Berfacial meningkatkan keyakinan diri, ini kerana orang lelaki tidak seperti orang perempuan yang memerlukan rakan mereka untuk meluahkan segala masalah, tetapi bagi lelaki, mereka hanya memerlukan ruang untuk membina kekuatan dalaman untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi. Dan mereka akan meningkatkan meter keyakinan diri untuk berhadapan dengan masalah diri.
  3. Menjadikan anda lebih bertenaga - Dengan minda yang tenang ia akan membuatkan anggota badan kita untuk lebih bertenaga ibarat seperti kita telah caj tenaga sepenuhnya. Kebaikan urutan muka facial ia telah merangsang sel-sel saraf muka dan mengejutkan semua sel saraf yang lain untuk kembali bertenaga. 
  4. Menjadikan anda orang yang kreatif - Apabila minda yang tenang dan badan bertenaga, ia menjadikan anda lebih peka terhadap persekitaran. Bayangkan idea datang kepada anda seperti magnet.
  5. Menjadikan kulit anda seperti superhero - Pernah tak anda melihat superhero marvel mempunyai kulit yang tidak menarik? Sebenarnya tiada kaitan pun, kulit seperti superhero ialah kulit yang sihat dan bebas cela. Sebelum berfacial tentu saja anda kelihatan jauh berumur jika selepas berfacial, ini kerana peredaran darah di sekitar muka tidak konsisten sebelum ini, terdapat saluran darah kecil yang tersekat sehingga sel darah tidak dapat membekalkan nutrien yang secukupnya pada bahagian sel muka. Dengan peredaran darah yang baik ia menampakkan kecerahan dan keceriaan wajah anda.

Berminat untuk berfacial, PR menawarkan Facial Treatment untuk seisi keluarga. Kini ayah, abang atau adik tidak perlu membawa suratkhabar dan game PSP anda untuk bosan menunggu pasangan anda berfacial malah anda juga boleh turut sama untuk itu dan mendapat 5 kebaikan seperti dinyatakan di atas. Happy weekend all.


Saturday 8 November 2014

Anda pernah flushing hidung?


Flushing ni bunyi macam tarik pam tandas pulak. Seperti dalam gambar yang ditunjukkan, Haziq sedang membantu adik tersebut yang mengalami resdung. Menurut ibunya, dia tidur berbunyi dan sering mengalami pernafasan tidak puas. Melihat kepada masalah adik ini, kemungkinan rongga sinusnya tersumbat dan laluan pernafasannya bengkak atau wujudnya polip (lebih kurang bintil @ ketumbuhan kecil).

Pemeriksaan dilakukan terlebih dahulu untuk melihat keadaan resdungnya sama ada basah (keluar lendir/ air hidung) atau kering (tidak riaksi). Penggunaan serbuk herba dari produk Dr.Resd oleh pengasasnya Encik Shahir al-Farid bersama Dr. Raziah (dokor homopati) membantu merangsang dinding-dinding hidung untuk memaksa keluar lendiran resdung ini. Tindakbalas tersebut menyebabkan pesakit itu akan bersin dan lendiran tersebut keluar.

Proses rawatan ini perlu melalui stim herba yang bertujuan untuk mengalakkan bukaan rongga sinus untuk lendiran resdung ini keluar dari rongga. Kemudian teknik Urutan 3D resdung dilakukan, urutan pada kedudukan rongga dilakukan untuk mengeluarkan lebih banyak lendiran tersebut. Walaupun proses rawatan ini nampak mengelikan, bagi kami di PR ia menjadi tanggungjawab untuk merawat saudara kita yang menderita akibat resdung.

Harga normal rawatan ini adalah RM100 dan kami berikan anda diskaun. Kini hanya RM70 dan rebat RM5 untuk pelajar IPT (Bac.Degree) dan pelajar sekolah, Promosi November-Disember 2014.

Friday 7 November 2014

Mengandung dengan hanya berbekam?

Betul ke dengan berbekam ni boleh lekat ataupun mengandung? Ini mungkin berita baik kepada sesiapa yang telah lama menginginkan untuk menimbang cahaya mata.

Jika dirujuk pada screen shot, kami mendapat feedback customer yang mengatakan dia berbadan dua selepas berbekam. Alhamdulillah, tahniah atas berita baik ini kepada customer kami tersebut.
Daripada perkongsian kepada rakan-rakan jurubekam lain, mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. Sedangkan tiada point khusus untuk tujuan 'mengandung ini'. Mereka hanya berbekam point sunnah biasa sahaja. Inilah keajaiban pengubatan cara Nabi Allah Muhammad SAW. Ada jurubekam mengelarkannya sebagai pengubatan mukzijat. Semua ini kuasa Allah dan kita hanya berikhtiar.

Kebaikan Bekam Point 12 ialah ia mengubati dan mencegah 73 jenis penyakit pada zaman sekarang. Jadi tidak mustahil jika seseorang itu boleh berbadan dua, bekam meningkatkan keupayaan sistem dalam badan dengan kaedah rawatan yang mengambil masa 30 minit sahaja. Anda berbekam bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah mendapat ganjaran pahala sunnah walaupun dengan 1 cup.

Di samping dengan ikhtiar, kita kena percaya semuanya dengan izin-Nya. Berdoalah nescaya Allah mendengarnya.

Kerana kesihatan anda lebih berharga!


PROMOSI NOVEMBER 2014

Anda tidak akan bayar pada harga normal kerana kami memberikan lebih nilai pada wang anda. Special untuk bulan November ini, kami memperkenalkan service terbaru iaitu Bekam Facial. Rawatan ini mengabungkan 2 jenis rawatan iaitu bekam wajah dan facial pada harga yang lebih berbaloi jika dibandingkan anda buat rawatan dengan 2 pakej ini. Lebih murah dan anda boleh guna lebihan wang itu untuk bercuti bersama keluarga.

Untuk student.... dont worry ye. Sebabnya kami sentiasa prihatin dengan duit poket anda dan tentunya anda mahukan yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan diri untuk lebih beryakinan serta lebih point untuk subjek anda. Yelah... bila diri anda sihat tentunya anda akan lakukan yang terbaik untuk setiap paper kan?

Memangkan iphone 6 tengah release sekarang PR nak guna la pic ads apple. Hope boleh la pakai satu. Insha-Allah kena kerja kuat. Yosh!

Thursday 6 November 2014

Muka boleh dibekam ke?

Bekam Muka bukanlah sesuatu yang baru pada masa kini dan kami sendiri menerima ramai permintaan untuk tujuan ini.

Kebaikan utama Bekam Muka ialah kita mengeluarkan 'darah toksik' yang berada di sekitar muka kita. Darah toksik ini bersifat 'free radical' @ radikal bebas yang menyebabkan muka kita kelihatan kusam, timbul garis-garis penuan, lesu, pigmentasi kulit, jerawat, gatal-gatal dan kesan point stress. Darah berpenyakit ini akan 'bertakung' di dalam lapisan eperdermis kulit. Kaedah cara Nabi ini bebas dari pengambilan baham kimia dan menggunakan sumber-sumber alami.
Farahdila- PR Manager 

Kami senarai kebaikan bekam muka dari pakej-pakej yang kami tawarkan:

Bekam Facial
Bunyi pun dah menarik kan... Bekam Facial adalah gabungan Bekam dan Facial. Kami menawarkan Bekam Normal Facial dan Bekam Full Facial. Bekam Facial adalah treatment yang lebih spesifik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Juga dikenali Bekam Seri Wajah.

Bekam Jerawat
Masalah jerawat yang tidak pernah habis dan sangat merimaskan. Ia juga menyebabkan seseorang itu tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Darah toksik menjadi di antara punca berlakunya jerawat selain dari kosmetik, perubahan hormon, kelenjar sebum atau minyak yang aktif dan alahan terhadap makanan tertentu.

Bekam Resdung
Mengalami muka yang gatal-gatal dan miang serta gejala-gejala lain yang menyebabkan anda rasa tidak selesa dan menjejaskan mood seharian.

Di antara soalan yang kerap ditanya untuk kami kongsikan di sini.

Pakai pisau ke buat bekam ni?
Kami tidak menggunakan pisau untuk rawatan yang dijalankan sebaliknya kami menggunakan pen bekam dan lancet (jarum pakai buang). Pen Lancet buatan Korea ini dicipta untuk tidak meninggalkan kesan tusukan dan mengurangkan kesan sakit ketika rawatan. Ada juga yang bagi respon geli ketika rawatan dijalankan.

Lepas bekam tu tinggal bekas tak?
Dijamin tidak berbekas seperti rawatan di belakang badan. Kenapa? Ini disebabkan struktur otot muka yang lebih anjal dan lembut jika dibandingkan badan. Tentu memalukan jika ada bekas bekam ni kan... Kami sedaya upaya membantu untuk mengelakkan perkara ini terjadi di tambah pula staf PR telah dilatih dengn sebaik mungkin.

Sakit tak masa bekam tu?
Tidak langsung. Jika anda pernah melakukan pemeriksaan darah, itu lebih sakit. Lancet bekam, mempunyai jarum yang hanya mempunyai panjang yang hanya melalui lapisan eperdesmis sahaja dan tidak menyebabkan darah fresh terkeluar sama. Kami di PR mempunyai statistik pendaftaran bekam dari kaum wanita lebih ramai dari lelaki.

Penawar Resdung buka setiap hari 10.00 pagi hingga 10.00 malam kecuali Ahad sehingga 7.00 petang. Booking untuk rawatan sangat digalakkan supaya kami dapat menyediakan ruang yang lebih selesa untuk anda.

Hubungi Puan Farah 013-5239392 @ Customer Service PR 012-2901852 (10.00 pagi - 10.00 malam)

Tuesday 4 November 2014

Kini anda sudah temui specialist resdung anda!


Hilangkan RESDUNG anda dengan pantas dan berkesan dengan kaedah rawatan dari kami. Kami sedia memberikan pemeriksaan dan perundingan secara PERCUMA. Kami menyediakan 4 pilihan rawatan iaitu Normal Resdung, Resdung Facial, Bekam Resdung dan Sinus Bioherba (flushing sinus). Beroperasi setiap hari dengan membuka waktu operasi dari 10 pagi hingga 10 malam kecuali Ahad sehingga 7 petang sahaja. Anda boleh booking awal untuk rawatan untuk mengelakkan kesesakan dan menunggu lama. Hubungi kami seperti nombor di atas.