Arau MediSpa (AMS) specialist resdung keluarga anda. Resdung/ Sinusitis adalah jangkitan pada rongga sinus yang melibatkan hidung, mata, muka, tekak dan telinga. Resdung boleh ke tahap yang lebih kronik dan memerlukan pembedahan. Cegah dan merawat pada peringkat awal dengan kaedah yang selamat dan alami di AMS.
Showing posts with label Resdung. Show all posts
Showing posts with label Resdung. Show all posts
Wednesday, 9 September 2015
#10 PUNCA MASALAH RESDUNG (Resah Hidung)
Punca resdung bergantung pada tahap alahan, kekuatan dan ketahan imunisasi badan. Ada banyak punca yang menyebabkan Resdung (Sinusitis) boleh berlaku. Namun begitu punca-punca ini berbeza mengikut setiap individu dan bergantung kepada tahap alahan yang berlaku kepada seseorang itu.
Berikut senarai beberapa penyebab Resdung (Sinusitis) yang mudah berlaku terutamanya orang dewasa ataupun kanak-kanak:
Punca #1 - VIRUS
Kebanyakan jangkitan 'Sinusitis' bermula dari bersin kemudian selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema (Rhinovirus) kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Kebiasaanya dipanggil sebagai 'Nasal Polip', ketumbuhan dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat. Akibatnya lendir atau cecair 'Sinus' tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan Resdung.
Punca #2 - ALAHAN (Allergic Rhinitis)
Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan bahagian muka dan rongga 'Sinus'. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom Resdung yang lain. Menurut Sonia Bains (pembantu Professor MD) dari Division Carolina Selatan, mereka yang mempunyai alahan adalah lebih mudah untuk mendapat Resdung berbanding mereka yang normal.
Alahan Seafood (Makanan Laut) :
Ada sebahagian penghidap Resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang (belacan), ketam, sotong, ikan bilis dan sebagainya.
Bulu Binatang
Debu Hama
Debu/Habuk
Minyak Wangi
Cuaca Terlalu Sejuk
Penghidap Penyakit Asma/Bekas Pesakit Asma
Terdedah Dengan Asap/Udara Tercemar
Keturunan/Sejarah Keluarga
KENALPASTI apakah punca yang menyebabkan hidung anda mengalami alahan samada daripada seafood atau debu/bulu binatang.
Punca #3 - BAKTERIA
Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah menyerang sistem imunisasi badan bersamanya virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada 'Sinus' tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada.
Menurut William J. Hueston (MD, Prof dan Pengerusi Department of Family Medicine) dari University Perubatan Carolina Selatan, Charleston. Kemungkinan besar bakteri yang campur tangan ini adalah dari Streptococcus pneumonia atau Hemophilus influenza.
Punca #4 - Polip Hidung (Nasal Polip)
Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan badan dan juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Nasal Polip juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak. Menurut Dr Hueston, alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan 'pembengkakkan' jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. Mereka yang mempunyai masalah Polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.
Punca #5 - Pencemaran Udara dan Bahan Kimia
Bahan alahan dan pencemaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Zarah-zarah dan molekul yang terapung di udara beberpunca daripada asap kilang atau kenderaan boleh menjadi sebab utama kepada masalah Resdung.
Bahan kimia seperti minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsaan pada sesetengah individu. Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung, ini diakui oleh Dr Brains.
Punca #6 - Mandi Di Kolam Renang
Bagi yang mudah terdedah dengan jangkitan 'Sinus', ini fakta yang perlu diketahui. Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding 'Sinus'. Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam.
Punca #7 - Jangkitan Kulat (Fungus/Fungi)
Dr Hueston menyatakan bahawa jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada 'Sinus' yang paling jarang berlaku. Jnagkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.
Punca #8 - Merokok
Rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding 'Sinus'. Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedut.
Punca #9 - Kekurangan Air/Udara Yang Kering
Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mucus (lendir hidung) semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepda gejala resdung yang lebih teruk.
Punca #10 - Struktur Hidung Yang Berbeza
Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan 'Sinus' adalah tinggi apabila seseorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan 'Sinus' yang berbeza dari nirmal atau dengan Nasal Polip.
Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukan bukaan di rongga 'Sinus' lalu menghalang pembuangan mucus. Mucus yang gagal dibuang inilah yang menambahkan risiko jangkitan bakteria pada 'Sinus'. Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.
Wednesday, 20 May 2015
"Berdegus seperti nafas tersekat... Seksa nafas tak lepas"
Saya kerap ternampak dan terdengar sesorang berdekatan saya yang berdegus atau seolah-olah tidak cukup nafas atau nafas pendek. Pertama kali mengalaminya, saya agak terkejut kenapa mereka berbuat bergitu. Kemudian apabila rakan baik turut berbuat demikian, saya mula bertanya dan mengkaji sebabnya. Menurut rakan saya yang hanya mahu dikenali sebagai Anis;
"Berdegus seperti nafas tersekat... Seksa nafas tak lepas. Ada masa saya akan berdepan dengan masalah ini, seperti saluran hidung menyempit dan merasakan seperti ada lendir pekat yang menghalang pernafasan saya sedangkan ia tidak seperti selsema, apabila terjadinya keadaan ini, ia membuatkan rasa pening atau tekanan di bahagian dahi. Tumpuan kerja selalu terganggu di masa saya perlukan fokus dan idea terbaik untuk design grafik kerana saya mengejar masa untuk menghantar kepada client"
Kenapa keadaan ini terjadi kepada Anis?
Ini di antara simpton sinusitis @ resdung. Pernafasan tidak lancar, merasai seperti ada lendiran pekat dalam saluran hidung, pening di bahagian dahi dan secara tidak langsung menganggu mood untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu tugas.
Anis menghadapi masalah resdung yang menganggu pernafasannya, jika tidak diatasi segera ia menjejaskan kualiti hidupnya. Kami di AMS mengalakkan Anis untuk flushing hidung, yang mana rongga hidung akan dibersihkan dan mengeluarkan lendir resdung yang menjangkiti saluran pernafasan dan rongga sinusnya. Kaedah rawatan tersebut ialah Terapi Sinus Bioherba Dr. Resd yang mengunakan inovasi rawatan terkini untuk merawat resdung sehingga ke puncanya. Selepas melalui proses rawatan, pernafasan akan serta merta menjadi lancar dan lapang, melainkan jika ia berada pada tahap kronik atau berlaku ketumbuhan polip di laluan pernafasan hidung. Ini memerlukan pembedahan dengan memasukkan kamera untuk melihat kondisi rongga sinus pesakit.
Melalui terapi yang kami lakukan ianya 100% mengunakan kaedah alami tanpa bahan kimia serta selamat kepada kanak-kanak yang melakukan rawatan ini. Hadir ke AMS untuk pemeriksaan dan perundingan rawatan atau hubungi 013-5239392. AMS buka setiap hari dari 11 pagi hingga 8 malam. Temujanji sangat digalakkan.

Anis , Alor Setar.

Sunday, 22 March 2015
Gatal betul telinga ni... resdung ke?
Siapa yang selalu mengorek telinga? Dan sebab apa anda selalu mengorek? Gatal, rasa ada macam ada benda gerak-gerak @ nak bersihkan sebab ada 'wax' yang meleleh keluar. Ramai yang tanya kami di AMS. Gatal telinga ni resdung ke?
Biasanya kegatalan ni memang suka dikaitkan dengan resdung. Ia boleh jadi resdung atau jangkitan lain. Bahaya sebenarnya jika selalu mengorek disebabkan kegatalan ni. Jika ditanya anda mengorek telinga menggunakan apa?
Kunci motor, putik kapas, besi korek telinga, lidi satay, pencil, ada apa sahaja yang boleh masuk dalam lubang telinga. Contohnya mengorek menggunakan besi korek telinga, jika tidak berhati-hati akan menyebabkan kulit dalam telinga luka dan menyebabkan nanah serta jangkitan. Jika menorek menggunakan putik kapas pula ia akan menolak 'wax' atau tahi telinga mendekati gegendang yang menyebabkan pendengaran anda tidak jelas.
Tapi semua ni disebabkan telinga gatalkan.. tak kan nak tahan je kan?

Kegatalan telinga disebabkan resdung kita sebenarnya ada kaitan dengan Tiub Eustachian yang merupakan sambungan dari rongga sinus hidung. Jangkitan dari rongga sinus menjadi penyebab masalah resdung telinga. Kes yang serius berkaitan masalah resdung telinga ini boleh menyebabkan telinga mengeluarkan bau busuk dan bernanah, jika tidak diambil tindakan segera boleh menganggu sistem pendengaran yang akhirnya boleh menyebabkan pekak. Ia boleh terjadi kepada orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Bagi kami di AMS bantu perubatan yang dilakukan adalah melalui rawatan resdung http://penawarresdungperlis.blogspot.com/2014/11/nikmati-kelegaan-dengan-4-pakej-rawatan.html semuanya pada harga yang berpatutan. Selain itu kami juga turut menjual produk yang membantu rawatan resdung anda dari Dr.Resd seperti Kapsul Resdung yang membantu merawat resdung dari dalam dan Penitis resdung telinga merawat kegatalan telinga anda akibat resdung.
Sebarang pertanyaan mengenai rawatan dan permasalahan hubungi pakar terapis kami pada nombor 013-5239392/ 012-2901852. AMS buka setiap hari dari 11 pagi hingga 8 malam. Instagram: araumedispa, facebook page: , website: araumedispa.wix.com/araumedispa
Saturday, 8 November 2014
Anda pernah flushing hidung?
Flushing ni bunyi macam tarik pam tandas pulak. Seperti dalam gambar yang ditunjukkan, Haziq sedang membantu adik tersebut yang mengalami resdung. Menurut ibunya, dia tidur berbunyi dan sering mengalami pernafasan tidak puas. Melihat kepada masalah adik ini, kemungkinan rongga sinusnya tersumbat dan laluan pernafasannya bengkak atau wujudnya polip (lebih kurang bintil @ ketumbuhan kecil).
Pemeriksaan dilakukan terlebih dahulu untuk melihat keadaan resdungnya sama ada basah (keluar lendir/ air hidung) atau kering (tidak riaksi). Penggunaan serbuk herba dari produk Dr.Resd oleh pengasasnya Encik Shahir al-Farid bersama Dr. Raziah (dokor homopati) membantu merangsang dinding-dinding hidung untuk memaksa keluar lendiran resdung ini. Tindakbalas tersebut menyebabkan pesakit itu akan bersin dan lendiran tersebut keluar.
Proses rawatan ini perlu melalui stim herba yang bertujuan untuk mengalakkan bukaan rongga sinus untuk lendiran resdung ini keluar dari rongga. Kemudian teknik Urutan 3D resdung dilakukan, urutan pada kedudukan rongga dilakukan untuk mengeluarkan lebih banyak lendiran tersebut. Walaupun proses rawatan ini nampak mengelikan, bagi kami di PR ia menjadi tanggungjawab untuk merawat saudara kita yang menderita akibat resdung.
Harga normal rawatan ini adalah RM100 dan kami berikan anda diskaun. Kini hanya RM70 dan rebat RM5 untuk pelajar IPT (Bac.Degree) dan pelajar sekolah, Promosi November-Disember 2014.
Tuesday, 4 November 2014
Kini anda sudah temui specialist resdung anda!
Hilangkan RESDUNG anda dengan pantas dan berkesan dengan kaedah rawatan dari kami. Kami sedia memberikan pemeriksaan dan perundingan secara PERCUMA. Kami menyediakan 4 pilihan rawatan iaitu Normal Resdung, Resdung Facial, Bekam Resdung dan Sinus Bioherba (flushing sinus). Beroperasi setiap hari dengan membuka waktu operasi dari 10 pagi hingga 10 malam kecuali Ahad sehingga 7 petang sahaja. Anda boleh booking awal untuk rawatan untuk mengelakkan kesesakan dan menunggu lama. Hubungi kami seperti nombor di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)