Wednesday 9 September 2015

Analisis Penyakit Melalui Kedudukan Jerawat


#10 PUNCA MASALAH RESDUNG (Resah Hidung)




Punca resdung bergantung pada tahap alahan, kekuatan dan ketahan imunisasi badan. Ada banyak punca yang menyebabkan Resdung (Sinusitis) boleh berlaku. Namun begitu punca-punca ini berbeza mengikut setiap individu dan bergantung kepada tahap alahan yang berlaku kepada seseorang itu.
Berikut senarai beberapa penyebab Resdung (Sinusitis) yang mudah berlaku terutamanya orang dewasa ataupun kanak-kanak:

Punca #1 - VIRUS

Kebanyakan jangkitan 'Sinusitis' bermula dari bersin kemudian selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema (Rhinovirus) kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Kebiasaanya dipanggil sebagai 'Nasal Polip', ketumbuhan dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat. Akibatnya lendir atau cecair 'Sinus' tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan Resdung.

Punca #2 - ALAHAN (Allergic Rhinitis)

Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan bahagian muka dan rongga 'Sinus'. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom Resdung yang lain. Menurut Sonia Bains (pembantu Professor MD) dari Division Carolina Selatan, mereka yang mempunyai alahan adalah lebih mudah untuk mendapat Resdung berbanding mereka yang normal.

Alahan Seafood (Makanan Laut) :
Ada sebahagian penghidap Resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang (belacan), ketam, sotong, ikan bilis dan sebagainya.

Bulu Binatang

Debu Hama

Debu/Habuk

Minyak Wangi

Cuaca Terlalu Sejuk

Penghidap Penyakit Asma/Bekas Pesakit Asma

Terdedah Dengan Asap/Udara Tercemar

Keturunan/Sejarah Keluarga

KENALPASTI apakah punca yang menyebabkan hidung anda mengalami alahan samada daripada seafood atau debu/bulu binatang.

Punca #3 - BAKTERIA

Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah menyerang sistem imunisasi badan bersamanya virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada 'Sinus' tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada.

Menurut William J. Hueston (MD, Prof dan Pengerusi Department of Family Medicine) dari University Perubatan Carolina Selatan, Charleston. Kemungkinan besar bakteri yang campur tangan ini adalah dari Streptococcus pneumonia atau Hemophilus influenza.

Punca #4 - Polip Hidung (Nasal Polip)

Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan badan dan juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Nasal Polip juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak. Menurut Dr Hueston, alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan 'pembengkakkan' jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. Mereka yang mempunyai masalah Polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.

Punca #5 - Pencemaran Udara dan Bahan Kimia 

Bahan alahan dan pencemaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Zarah-zarah dan molekul yang terapung di udara beberpunca daripada asap kilang atau kenderaan boleh menjadi sebab utama kepada masalah Resdung.

Bahan kimia seperti minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsaan pada sesetengah individu. Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung, ini diakui oleh Dr Brains.

Punca #6 - Mandi Di Kolam Renang

Bagi yang mudah terdedah dengan jangkitan 'Sinus', ini fakta yang perlu diketahui. Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding 'Sinus'. Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam.

Punca #7 - Jangkitan Kulat (Fungus/Fungi)

Dr Hueston menyatakan bahawa jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada 'Sinus' yang paling jarang berlaku. Jnagkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.

Punca #8 - Merokok

Rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding 'Sinus'. Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedut.

Punca #9 - Kekurangan Air/Udara Yang Kering

Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mucus (lendir hidung) semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepda gejala resdung yang lebih teruk.

Punca #10 - Struktur Hidung Yang Berbeza

Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan 'Sinus' adalah tinggi apabila seseorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan 'Sinus' yang berbeza dari nirmal atau dengan Nasal Polip.

Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukan bukaan di rongga 'Sinus' lalu menghalang pembuangan mucus. Mucus yang gagal dibuang inilah yang menambahkan risiko jangkitan bakteria pada 'Sinus'. Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.


Wednesday 1 July 2015

Apakah itu Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan?


Pernahkah anda mengambil sesuatu produk dan tindakbalasnya adalah tidak seperti yang diharapkan oleh anda? Jangan gusar atau khuatir berkemungkinan besar itu adalah proses ‘healing crisis’ atau krisis penyembuhan.

Ramai yang masih tidak tahu tentang healing crisis. Sesuatu produk atau supplement yang terbaik untuk anda adalah yang memberikan tindakbalas kepada tubuh apabila diambil.
Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan?

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa ‘tak sedap badan’ dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.

Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.

Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..

Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma ‘tampal’ cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu biar dicat baru, kereta kita cantik kembali.


Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk ‘mencantikkan’ sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu… seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:

# pening
# mual
# badan panas
# demam
# sakit kepala
# sakit pingang
# mengantuk
# muntah-muntah
# berpinar-pinar
# ulser
# rasa tak larat
# emosi terganggu

Dan sebagainya..
Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.
Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:

* minum air yang banyak - air masak/kosong
* cuba untuk berehat dan tenang
* bersabar
* berdoa


Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula ‘memperbaiki’nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik!

Wednesday 27 May 2015

Kenapa Penyakit Saya Tidak Sembuh?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca sekalian. Hari ini 27 haribulan 5 tahun 2015 bersamaan 9 Sya’aban 1436 Hijrah. Pagi ini saya terpanggil untuk menulis sebuah artikel berkenaan “ Kenapa Penyakit Saya Tidak Sembuh?”.

Saya gunakan chart diatas sebagai rujukan bagi memudahkan kefahaman anda semua. Apa itu penyakit?. Penyakit adalah sesuatu keadaan di mana kita merasa sesuatu yang tidak selesa pada tubuh samada dalam keadaan sedar atau tidak. Apa itu sembuh?. Sembuh bermakna kita terlepas daripada sebarang jenis kesakitan. Apa itu Penawar?. Penawar pula bermaksud sesuatu jalan atau bahan yang boleh mendatangkan kesembuhan kepada kita yang bermula daripada penyakit.

Allah S.W.T mewajibkan kita berusaha mencari sebaik-baik penawar bagi merawat penyakit kita sehingga sembuh dan melarang umatnya daripada mengambil penawar daripada sumber-sumber haram. Sabda Nabi SAW mafhumnya dalam sebuah Hadis bermaksud “ Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.”

Tajuk ini menarik minat saya untuk mengkaji sejauh mana tahap kesembuhan penyakit seseorang setelah mendapatkan rawatan. Saya selami dan amati setiap keluhan, rintihan dan rungutan yang bergelar PESAKIT ini. Nah, buktinya kesembuhan sesuatu penyakit yang dihidapi seseorang adalah bergantung pada kekuatan fitrah seseorang itu sendiri iaitu: 50% daripada SPRITUAL, 20% daripada MENTAL, 20% daripada EMOSIONAL dan 10% daripada UBAT.

Kita sebagai Muslim digalakkan memperbanyakkan berdoa supaya diberikan kekuatan ROHANI dan SPIRITUAL yang kuat. SPRITUAL ini sejauh mana kita bergantung pada Maha Esa? Berapa peratus kita letak? Tanya diri anda semua. ROHANI yang membentuk ROH yang sihat (PERINGKAT PERTAMA PENYEMBUHAN). Apabila SPIRITUAL kita kuat secara automatiknya JIWA dan MENTAL kita akan bersih daripada unsur-unsur syrik, khurafat dan tahyul. MENTAL akan memandu minda SEDAR atau SEPARA SEDAR bagi merawat penyakit secara alami (PERINGKAT KEDUA PENYEMBUHAN).

SPRITUAL yang KUAT, MENTAL yang SIHAT akan mempengaruhi kestabilan EMOTIONAL. Apabila kita berada dalam keadaan DUKA dan SEDIH, proses penyembuhan lambat berlaku. Kita dah cuba menyekat penyembuhan alami iaitu MENTAL kemudiaan kita GAGAL untuk kuatkan SPRITUAL. Sebaik-baik orang Mukmin adalah mempunyai jiwa yang tenang. EMOTIONAL yang stabil akan memberi rangsangan pada deria dan membentuk EMOSI yang positif dan kesembuhan. (PROSES KESEMBUHAN TAHAP TIGA).


Terakhir adalah UBAT, tak kiralah sintetik atau herba. UBAT perlu juga untuk badan sebagai daya tahan tubuh bagi melawan penyakit. UBAT perlu bagi membentuk kekuatan FIZIKAL dan MENJEMPUT kekuatan ROHANI supaya lebih kental untuk melawan MENTAL daripada sakit yang akan membawa mudharat kepada EMOTIONAL duka.

Wednesday 20 May 2015

"Berdegus seperti nafas tersekat... Seksa nafas tak lepas"

Saya kerap ternampak dan terdengar sesorang berdekatan saya yang berdegus atau seolah-olah tidak cukup nafas atau nafas pendek. Pertama kali mengalaminya, saya agak terkejut kenapa mereka berbuat bergitu. Kemudian apabila rakan baik turut berbuat demikian, saya mula bertanya dan mengkaji sebabnya. Menurut rakan saya yang hanya mahu dikenali sebagai Anis;



"Berdegus seperti nafas tersekat... Seksa nafas tak lepas. Ada masa saya akan berdepan dengan masalah ini, seperti saluran hidung menyempit dan merasakan seperti ada lendir pekat yang menghalang pernafasan saya sedangkan ia tidak seperti selsema, apabila terjadinya keadaan ini, ia membuatkan rasa pening atau tekanan di bahagian dahi. Tumpuan kerja selalu terganggu di masa saya perlukan fokus dan idea terbaik untuk design grafik kerana saya mengejar masa untuk menghantar kepada client"

                                                                                                                               Anis , Alor Setar.

Kenapa keadaan ini terjadi kepada Anis?
Ini di antara simpton sinusitis @ resdung. Pernafasan tidak lancar, merasai seperti ada lendiran pekat dalam saluran hidung, pening di bahagian dahi dan secara tidak langsung menganggu mood untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu tugas.

Anis menghadapi masalah resdung yang menganggu pernafasannya, jika tidak diatasi segera ia menjejaskan kualiti hidupnya. Kami di AMS mengalakkan Anis untuk flushing hidung, yang mana rongga hidung akan dibersihkan dan mengeluarkan lendir resdung yang menjangkiti saluran pernafasan dan rongga sinusnya. Kaedah rawatan tersebut ialah Terapi Sinus Bioherba Dr. Resd yang mengunakan inovasi rawatan terkini untuk merawat resdung sehingga ke puncanya. Selepas melalui proses rawatan, pernafasan akan serta merta menjadi lancar dan lapang, melainkan jika ia berada pada tahap kronik atau berlaku ketumbuhan polip di laluan pernafasan hidung. Ini memerlukan pembedahan dengan memasukkan kamera untuk melihat kondisi rongga sinus pesakit.

Melalui terapi yang kami lakukan ianya 100% mengunakan kaedah alami tanpa bahan kimia serta selamat kepada kanak-kanak yang melakukan rawatan ini. Hadir ke AMS untuk pemeriksaan dan perundingan rawatan atau hubungi 013-5239392. AMS buka setiap hari dari 11 pagi hingga 8 malam. Temujanji sangat digalakkan.

Harga rawatan BEKAM tidak masuk akal!

Arau, Perlis, 20 Mei - Harga rawatan Bekam tidak masuk akal dikenalpasti di Arau MediSpa atau lebih dikenali sebagai AMS. Perkara ini juga menyebabkan orang ramai berlumba-lumba datang ke AMS dan berpuluh-puluh booking diterima setiap hari.

Tanpa tidak disengajakan menyebabkan orang ramai terpaksa datang terutamanya dari Changlun, Kodiang dan Jitra dan yang terdekat di sekitar Perlis.

Pengurus AMS berkata, Bekam Unlimited Cup berharga RM100.00 SAHAJA mampu mengurangkan beban orang ramai yang baru pertama kali berbekam bahkan juga mampu mengurangkan risiko pelanggan tertipu dengan cas cup bekam yang tidak masuk akal! Pelanggan juga BEBAS memilih point bekam TANPA HAD!

Bekam Unlimited Cup HANYA RM100 sahaja.

Tanpa Limit Cup @ Point.

Bebas Memilih Point Bekam Mengikut Keselesaan Anda.



Anda Bayar, Anda Pilih, Kami Urus.

Hotline/Call/SMS/Whatapps:
013-5239392

Tuesday 19 May 2015

Bersangka baik kepada Allah



Ada waktu dan ketikanya kita diuji oleh Allah pada saatnya ketika tidak cukup kuat untuk menempuhnya. Sesungguhnya segala ujian yang diberikan oleh-Nya, Allah tahu kita mampu untuk menanggungnya. Hikmah disebalik ujian ini menunjukkan Allah sedang memberi perhatian kepada kita dan Dia mahukan kita kembali mengingati-Nya dan memohon pertolongan. Bayangkan kita hidup tanpa perhatian-Nya? Kerana sifat manusia itu sering lupa dan leka di waktu senang mereka.

The Power of Doa iaitu kekuatan dari memohon kepada Pencipta. Mungkin kita diuji di atas kesilapan yang telah kita lakukan suatu ketika dahulu, Allah nak ampunkan dengan diturunkan ujian ini. Kita bersangka baik Allah nak letakkan kita dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia sangat mengasihi hamba-Nya lebih kita mencintai seseorang. Merintihlah dan mengadulah dengan sesungguh-sungguhnya kepada-Nya. Kerana Dia sentiasa mendengar permintaan hamba-Nya bah kan Dia suka hamba-Nya yang mengharapkan bantuan-Nya.

Ujian bukanlah bala kepada kita. Ia membentukan diri kita yang selama ini lupa dan lalai mengingati-Nya. Bagi kita semua kesenangan dan kebahagiaan boleh dicapai jika kita bekerja bersungguh-sungguh sehingga mengabaikan ibadat kepada-Nya. Sedangkan kita lupa ada orang, walaupun dia tidak berusaha bersungguh-sungguh tetapi rezekinya datang mencurah-curah, Subanallah! Bukan kita mahukan kerja sedikit tetapi hasilnya berlipat kali ganda kita terima? Rezeki itu daripada siapa? Semuanya Allah yang beri, dan Dia juga boleh memberikan kita rezeki yang kita tidak sangka-sangkakan.

Kembali kepada-Nya, bisikkan di dalam hati Allah sentiasa ada bersamaku dan Allah dapat membantu dan menunjukkan jalan keluar dari setiap masalah yang sedang aku deritai sekarang. Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang, lahirkan rasa bersyukur itu sebanyak-banyaknya. Jikalau kamu bersyukur Allah akan lipat gandakan lagi pemberian-Nya.

Bersangka baik dengan Allah dan jangan berhenti berdoa.