Thursday, 6 November 2014

Muka boleh dibekam ke?

Bekam Muka bukanlah sesuatu yang baru pada masa kini dan kami sendiri menerima ramai permintaan untuk tujuan ini.

Kebaikan utama Bekam Muka ialah kita mengeluarkan 'darah toksik' yang berada di sekitar muka kita. Darah toksik ini bersifat 'free radical' @ radikal bebas yang menyebabkan muka kita kelihatan kusam, timbul garis-garis penuan, lesu, pigmentasi kulit, jerawat, gatal-gatal dan kesan point stress. Darah berpenyakit ini akan 'bertakung' di dalam lapisan eperdermis kulit. Kaedah cara Nabi ini bebas dari pengambilan baham kimia dan menggunakan sumber-sumber alami.
Farahdila- PR Manager 

Kami senarai kebaikan bekam muka dari pakej-pakej yang kami tawarkan:

Bekam Facial
Bunyi pun dah menarik kan... Bekam Facial adalah gabungan Bekam dan Facial. Kami menawarkan Bekam Normal Facial dan Bekam Full Facial. Bekam Facial adalah treatment yang lebih spesifik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Juga dikenali Bekam Seri Wajah.

Bekam Jerawat
Masalah jerawat yang tidak pernah habis dan sangat merimaskan. Ia juga menyebabkan seseorang itu tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Darah toksik menjadi di antara punca berlakunya jerawat selain dari kosmetik, perubahan hormon, kelenjar sebum atau minyak yang aktif dan alahan terhadap makanan tertentu.

Bekam Resdung
Mengalami muka yang gatal-gatal dan miang serta gejala-gejala lain yang menyebabkan anda rasa tidak selesa dan menjejaskan mood seharian.

Di antara soalan yang kerap ditanya untuk kami kongsikan di sini.

Pakai pisau ke buat bekam ni?
Kami tidak menggunakan pisau untuk rawatan yang dijalankan sebaliknya kami menggunakan pen bekam dan lancet (jarum pakai buang). Pen Lancet buatan Korea ini dicipta untuk tidak meninggalkan kesan tusukan dan mengurangkan kesan sakit ketika rawatan. Ada juga yang bagi respon geli ketika rawatan dijalankan.

Lepas bekam tu tinggal bekas tak?
Dijamin tidak berbekas seperti rawatan di belakang badan. Kenapa? Ini disebabkan struktur otot muka yang lebih anjal dan lembut jika dibandingkan badan. Tentu memalukan jika ada bekas bekam ni kan... Kami sedaya upaya membantu untuk mengelakkan perkara ini terjadi di tambah pula staf PR telah dilatih dengn sebaik mungkin.

Sakit tak masa bekam tu?
Tidak langsung. Jika anda pernah melakukan pemeriksaan darah, itu lebih sakit. Lancet bekam, mempunyai jarum yang hanya mempunyai panjang yang hanya melalui lapisan eperdesmis sahaja dan tidak menyebabkan darah fresh terkeluar sama. Kami di PR mempunyai statistik pendaftaran bekam dari kaum wanita lebih ramai dari lelaki.

Penawar Resdung buka setiap hari 10.00 pagi hingga 10.00 malam kecuali Ahad sehingga 7.00 petang. Booking untuk rawatan sangat digalakkan supaya kami dapat menyediakan ruang yang lebih selesa untuk anda.

Hubungi Puan Farah 013-5239392 @ Customer Service PR 012-2901852 (10.00 pagi - 10.00 malam)

No comments:

Post a Comment