Friday, 14 November 2014

Jerawat menjejaskan keyakinan diri saya

Saya hanya pandang dia dari jauh sahaja. Saya tak yakin untuk berhadapan atau bercakap dengan dia kerana masalah jerawat yang serius. Sudahlah saya menahan sakit jerawat ni dan sering diperli rakan-rakan sekelas. Saya lagi suka terperap di dalam bilik dari keluar bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Ini membuatkan saya hilang keyakinan diri dan menjejaskan emosi harian. Saya puas mengamalkan segala petua dan tip tetapi masih tidak berjaya dan ada masanya ia tumbuh semakin banyak. Saya benci dengan keadaan ni.
Keluhan seorang pelajar IPT

Tidak semua orang memiliki kulit yang cantik dan bebas cela, sememangnya jerawat adalah musuh bagi semua orang yang pernah mengalaminya. Rasa benci yang sangat mendalam dan tidak mahu ia terus berlaku setiap hari.

Kenapalah jerawat ni nak tumbuh sangat?
Fahami kenapa ia terjadi. Percayakah jika saya katakan anda adalah puncanya?
Semuanya bermula dari kita.

5 Langkah untuk menghalang jerawat tidak muncul sampai bila-bila pun

Minum air masak secukupnya
Air masak membantu menyingkirkan toksid dari badan anda. Anda kerap minuman manis dan jarang untuk minum air masak. Amalan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk keperluan tubuh badan. Jangan bimbang jika anda kerap ke tandas untuk membuang air. Sentiasa bekalkan diri anda dengan bekalan air masak secukupnya dan kurangkan minuman manis.

Jangan sentuh kulit muka
Kuku dan jari anda mengandungi banyak bacteria. Menyentuh atau mengaru kulit menyebabkan berlaku jangkitan pada kulit anda dan menjadikan ia lebih teruk. Mungkin sudah menjadi tabiat untuk memicit jerawat dan whitehead kerana bagi anda ia kelihatan merimaskan.

Pengambilan vitamin C
Vitamin C sangat bagus untuk kulit anda. Anda boleh memilih untuk memakan buah-buahan atau supplement dan lakukannya secara konsisten. Ada pendapat yang mengatakan pengambilan vitamin C membantu kita mendapatkan usus yang bersih, ini kerana usus yang bermasalah menyebabkan nutrient dari makanan gagal diserap dengan baik. Vitamin C bertindak membersihkan permukaan usus supaya meningkatkan penyerapan nutrient. Disamping itu juga, vitamin C membantu menyejukkan badan kerana peningkatan suhu badan turut menyumbang kepada pengeluaran minyak pada muka dan badan.

Kawal emosi anda
Selalu stress atau mudah beremosi juga menyebabkan timbulnya jerawat ini. Belajar menguruskan stress dengan baik. Contohnya beri masa untuk diri anda untuk beriadah atau bercuti bersama-sama rakan untuk melupakan seketika urusan kerja dan masalah yang dihadapi.

Elakkan pemakanan penyebab jerawat

Makanan juga penyebab jerawat ini muncul. Pastikan makanan yang bagaimana menyebabkan jerawat anda ini muncul. Selalunya makanan seperti kacang, pedas, berminyak dan kolestrol tinggi bertindakbalas pada kulit anda. Pilih makan yang berkhasiat dan ambil supplement yang bersesuaian. 

No comments:

Post a Comment