Mungkin masih ada yang berasa janggal lagi jika dikatakan 'lelaki berfacial'. Selalunya facial dikaitkan untuk menjaga kecantikan kulit yang sinonim dengan 'orang perempuan' dan bukannya lelaki. Orang lelaki nak sapu bedak talkum biasa kat muka pun tak mahu apatah lagi nak berfacial?
Suatu masa dahulu ini lah mentaliti masyarakat mengatakan lelaki tak sesuai berfacial, orang akan nampak macam lelaki tu pakai kasut tumit tinggi. Mungkin itu dulu, berfacial tidak terhad kepada orang perempuan, ianya menjadi keperluan untuk masa kini kepada orang lelaki juga. Sebagai contoh, di kedai gunting rambut Muthu, selain ditawarkan khidmat mengunting rambut mereka juga menawarkan rawatan urutan muka, ianya adalah sebahagian dari facial itu sendiri. Ianya tidak terhad di kedai gunting rambut sahaja, ada spa-spa yang menerima customer dari lelaki untuk berfacial.
Mereka ini boleh terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan profesion serta mereka sanggup 'melabur' kerana kebaikan berfacial itu sendiri. Pernahkah anda berfacial? Bagi yang belum pernah merasai kehebatan berfacial ini kami kongsi untuk pengetahuan anda.
TURBOKAN HARI ANDA DENGAN 5 KEHEBATAN BERFACIAL
- Merehatkan minda yang kusut - Cuba anda fikirkan bergelumang dengan pelbagai tugas yang rumit dan merimaskan, akhirnya tiada satu tugasan pun dapat diselesaikan dengan jayanya. Facial akan membuatkan kita lupa setika dan menstabilkan emosi dan menenangkan fikiran. Ini kerana sentuhan point stress yang terdapat pada muka memberikan mood tenang dan tenteram.
- Meningkatkan keyakinan diri - Mungkin anda melalui hari-hari yang mendukacitakan dan berdepan dengan banyak tugasan yang gagal disiapkan sehingga menjejaskan kepercayaan bos kepada diri anda. Berfacial meningkatkan keyakinan diri, ini kerana orang lelaki tidak seperti orang perempuan yang memerlukan rakan mereka untuk meluahkan segala masalah, tetapi bagi lelaki, mereka hanya memerlukan ruang untuk membina kekuatan dalaman untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi. Dan mereka akan meningkatkan meter keyakinan diri untuk berhadapan dengan masalah diri.
- Menjadikan anda lebih bertenaga - Dengan minda yang tenang ia akan membuatkan anggota badan kita untuk lebih bertenaga ibarat seperti kita telah caj tenaga sepenuhnya. Kebaikan urutan muka facial ia telah merangsang sel-sel saraf muka dan mengejutkan semua sel saraf yang lain untuk kembali bertenaga.
- Menjadikan anda orang yang kreatif - Apabila minda yang tenang dan badan bertenaga, ia menjadikan anda lebih peka terhadap persekitaran. Bayangkan idea datang kepada anda seperti magnet.
- Menjadikan kulit anda seperti superhero - Pernah tak anda melihat superhero marvel mempunyai kulit yang tidak menarik? Sebenarnya tiada kaitan pun, kulit seperti superhero ialah kulit yang sihat dan bebas cela. Sebelum berfacial tentu saja anda kelihatan jauh berumur jika selepas berfacial, ini kerana peredaran darah di sekitar muka tidak konsisten sebelum ini, terdapat saluran darah kecil yang tersekat sehingga sel darah tidak dapat membekalkan nutrien yang secukupnya pada bahagian sel muka. Dengan peredaran darah yang baik ia menampakkan kecerahan dan keceriaan wajah anda.
Berminat untuk berfacial, PR menawarkan Facial Treatment untuk seisi keluarga. Kini ayah, abang atau adik tidak perlu membawa suratkhabar dan game PSP anda untuk bosan menunggu pasangan anda berfacial malah anda juga boleh turut sama untuk itu dan mendapat 5 kebaikan seperti dinyatakan di atas. Happy weekend all.
No comments:
Post a Comment