Friday 7 November 2014

Mengandung dengan hanya berbekam?

Betul ke dengan berbekam ni boleh lekat ataupun mengandung? Ini mungkin berita baik kepada sesiapa yang telah lama menginginkan untuk menimbang cahaya mata.

Jika dirujuk pada screen shot, kami mendapat feedback customer yang mengatakan dia berbadan dua selepas berbekam. Alhamdulillah, tahniah atas berita baik ini kepada customer kami tersebut.
Daripada perkongsian kepada rakan-rakan jurubekam lain, mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. Sedangkan tiada point khusus untuk tujuan 'mengandung ini'. Mereka hanya berbekam point sunnah biasa sahaja. Inilah keajaiban pengubatan cara Nabi Allah Muhammad SAW. Ada jurubekam mengelarkannya sebagai pengubatan mukzijat. Semua ini kuasa Allah dan kita hanya berikhtiar.

Kebaikan Bekam Point 12 ialah ia mengubati dan mencegah 73 jenis penyakit pada zaman sekarang. Jadi tidak mustahil jika seseorang itu boleh berbadan dua, bekam meningkatkan keupayaan sistem dalam badan dengan kaedah rawatan yang mengambil masa 30 minit sahaja. Anda berbekam bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah mendapat ganjaran pahala sunnah walaupun dengan 1 cup.

Di samping dengan ikhtiar, kita kena percaya semuanya dengan izin-Nya. Berdoalah nescaya Allah mendengarnya.

No comments:

Post a Comment