Monday, 18 May 2015

Bekam Wajah tanpa bekas di AMS

Sekarang dah jadi trend orang mula beri perhatian untuk bekam wajah untuk tujuan kecantikan dan kesihatan. Sememangnya bekam wajah ini memberikan hasil yang sangat memuaskan. Di AMS kami menerima banyak respon positif dari pelanggan kami yang mengalami masalah jerawat sehinggalah pada tahap yang serius dapat dirawat dengan kaedah bekam wajah ini. Alhamdulillah. Kesembuhan itu dengan izin Allah.
Timbul kerisauan di apabila bekam di wajah menampakkan bekas cup yang agak ketara sehingga boleh menjejaskan penampilan diri. Bayangkan anda ke kelas atau ke tempat kerja dengan wajah yang bertompok. Sudah tentu akan dipersoalkan oleh kawan-kawan. Kami kongsikan pengalaman dalam merawat pelanggan bekam wajah ini. Terdapat beberapa kawasan pada wajah tidak sesuai berbekam walaupun bagus untuk dibekam dan ianya tidak menjadi larangan tetapi jika dilakukan meninggalkan bekas pada wajah. Kawasan tersebut ialah dahi dan pelipis mata. Ini kerana struktur permukaan tersebut mempunyai otot dan kulit yang nipis.

AMS menekankan makluman kepada pelanggan supaya mereka jelas dan tentang perkara ini. AMS berusaha untuk meminima bekas apabila membekam kawasan muka. Teknik tekanan yang betul dan pengendalian rawatan memerlukan staf yang betul-betul mahir. Kami sentiasa berusaha untuk melakukan bekam wajah dengan lebih berhati-hati. Point dahi sememangnya kami nasihatkan pelanggan untuk tidak membuatnya dan di kawasan pelipis mata meninggalkan sedikit bekas kemerahan yang akan hilang 2 atau 3 hari kemudian, bagi point pipi kemerahan biasa yang akan hilang dalam masa yang terdekat.

AMS Specialist Bekam & Resdung, beroperasi setiap hari bermula pada jam 11 pagi hingga 8 malam. Anda mendapatkan rawatan dalam suasana berhawa dingin dan rawatan pada harga yang berpatutan. Hubungi kami 013-5239392 / 012-290 1852. 

1 comment:

  1. salam..saya area kL.klau nk prgi sana memg jauh lh..ada x cwangan untuk org kL?

    ReplyDelete