Wednesday, 27 May 2015

Kenapa Penyakit Saya Tidak Sembuh?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca sekalian. Hari ini 27 haribulan 5 tahun 2015 bersamaan 9 Sya’aban 1436 Hijrah. Pagi ini saya terpanggil untuk menulis sebuah artikel berkenaan “ Kenapa Penyakit Saya Tidak Sembuh?”.

Saya gunakan chart diatas sebagai rujukan bagi memudahkan kefahaman anda semua. Apa itu penyakit?. Penyakit adalah sesuatu keadaan di mana kita merasa sesuatu yang tidak selesa pada tubuh samada dalam keadaan sedar atau tidak. Apa itu sembuh?. Sembuh bermakna kita terlepas daripada sebarang jenis kesakitan. Apa itu Penawar?. Penawar pula bermaksud sesuatu jalan atau bahan yang boleh mendatangkan kesembuhan kepada kita yang bermula daripada penyakit.

Allah S.W.T mewajibkan kita berusaha mencari sebaik-baik penawar bagi merawat penyakit kita sehingga sembuh dan melarang umatnya daripada mengambil penawar daripada sumber-sumber haram. Sabda Nabi SAW mafhumnya dalam sebuah Hadis bermaksud “ Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.”

Tajuk ini menarik minat saya untuk mengkaji sejauh mana tahap kesembuhan penyakit seseorang setelah mendapatkan rawatan. Saya selami dan amati setiap keluhan, rintihan dan rungutan yang bergelar PESAKIT ini. Nah, buktinya kesembuhan sesuatu penyakit yang dihidapi seseorang adalah bergantung pada kekuatan fitrah seseorang itu sendiri iaitu: 50% daripada SPRITUAL, 20% daripada MENTAL, 20% daripada EMOSIONAL dan 10% daripada UBAT.

Kita sebagai Muslim digalakkan memperbanyakkan berdoa supaya diberikan kekuatan ROHANI dan SPIRITUAL yang kuat. SPRITUAL ini sejauh mana kita bergantung pada Maha Esa? Berapa peratus kita letak? Tanya diri anda semua. ROHANI yang membentuk ROH yang sihat (PERINGKAT PERTAMA PENYEMBUHAN). Apabila SPIRITUAL kita kuat secara automatiknya JIWA dan MENTAL kita akan bersih daripada unsur-unsur syrik, khurafat dan tahyul. MENTAL akan memandu minda SEDAR atau SEPARA SEDAR bagi merawat penyakit secara alami (PERINGKAT KEDUA PENYEMBUHAN).

SPRITUAL yang KUAT, MENTAL yang SIHAT akan mempengaruhi kestabilan EMOTIONAL. Apabila kita berada dalam keadaan DUKA dan SEDIH, proses penyembuhan lambat berlaku. Kita dah cuba menyekat penyembuhan alami iaitu MENTAL kemudiaan kita GAGAL untuk kuatkan SPRITUAL. Sebaik-baik orang Mukmin adalah mempunyai jiwa yang tenang. EMOTIONAL yang stabil akan memberi rangsangan pada deria dan membentuk EMOSI yang positif dan kesembuhan. (PROSES KESEMBUHAN TAHAP TIGA).


Terakhir adalah UBAT, tak kiralah sintetik atau herba. UBAT perlu juga untuk badan sebagai daya tahan tubuh bagi melawan penyakit. UBAT perlu bagi membentuk kekuatan FIZIKAL dan MENJEMPUT kekuatan ROHANI supaya lebih kental untuk melawan MENTAL daripada sakit yang akan membawa mudharat kepada EMOTIONAL duka.

No comments:

Post a Comment