Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera para pembaca sekalian. Hari ini 27 haribulan 5 tahun 2015 bersamaan 9
Sya’aban 1436 Hijrah. Pagi ini saya terpanggil untuk menulis sebuah artikel
berkenaan “ Kenapa Penyakit Saya Tidak Sembuh?”.
Saya gunakan chart diatas sebagai
rujukan bagi memudahkan kefahaman anda semua. Apa itu penyakit?. Penyakit
adalah sesuatu keadaan di mana kita merasa sesuatu yang tidak selesa pada tubuh
samada dalam keadaan sedar atau tidak. Apa itu sembuh?. Sembuh bermakna kita terlepas
daripada sebarang jenis kesakitan. Apa itu Penawar?. Penawar pula bermaksud
sesuatu jalan atau bahan yang boleh mendatangkan kesembuhan kepada kita yang
bermula daripada penyakit.
Allah S.W.T mewajibkan kita berusaha
mencari sebaik-baik penawar bagi merawat penyakit kita sehingga sembuh dan
melarang umatnya daripada mengambil penawar daripada sumber-sumber haram. Sabda
Nabi SAW mafhumnya dalam sebuah Hadis bermaksud “ Setiap penyakit ada
penawarnya kecuali mati.”
Tajuk ini menarik minat saya
untuk mengkaji sejauh mana tahap kesembuhan penyakit seseorang setelah
mendapatkan rawatan. Saya selami dan amati setiap keluhan, rintihan dan
rungutan yang bergelar PESAKIT ini. Nah, buktinya kesembuhan sesuatu
penyakit yang dihidapi seseorang adalah bergantung pada kekuatan fitrah
seseorang itu sendiri iaitu: 50% daripada SPRITUAL, 20% daripada MENTAL, 20%
daripada EMOSIONAL dan 10% daripada UBAT.
Kita sebagai Muslim digalakkan
memperbanyakkan berdoa supaya diberikan kekuatan ROHANI dan SPIRITUAL yang
kuat. SPRITUAL ini sejauh mana kita bergantung pada Maha Esa? Berapa peratus
kita letak? Tanya diri anda semua. ROHANI yang membentuk ROH yang sihat (PERINGKAT
PERTAMA PENYEMBUHAN). Apabila SPIRITUAL kita kuat secara automatiknya JIWA dan
MENTAL kita akan bersih daripada unsur-unsur syrik, khurafat dan tahyul. MENTAL
akan memandu minda SEDAR atau SEPARA SEDAR bagi merawat penyakit secara alami
(PERINGKAT KEDUA PENYEMBUHAN).
SPRITUAL yang KUAT, MENTAL yang
SIHAT akan mempengaruhi kestabilan EMOTIONAL. Apabila kita berada dalam keadaan
DUKA dan SEDIH, proses penyembuhan lambat berlaku. Kita dah cuba menyekat
penyembuhan alami iaitu MENTAL kemudiaan kita GAGAL untuk kuatkan SPRITUAL.
Sebaik-baik orang Mukmin adalah mempunyai jiwa yang tenang. EMOTIONAL yang
stabil akan memberi rangsangan pada deria dan membentuk EMOSI yang positif dan
kesembuhan. (PROSES KESEMBUHAN TAHAP TIGA).
Terakhir adalah UBAT, tak kiralah
sintetik atau herba. UBAT perlu juga untuk badan sebagai daya tahan tubuh bagi
melawan penyakit. UBAT perlu bagi membentuk kekuatan FIZIKAL dan MENJEMPUT
kekuatan ROHANI supaya lebih kental untuk melawan MENTAL daripada sakit yang
akan membawa mudharat kepada EMOTIONAL duka.