Saya hanya pandang dia dari jauh
sahaja. Saya tak yakin untuk berhadapan atau bercakap dengan dia kerana masalah
jerawat yang serius. Sudahlah saya menahan sakit jerawat ni dan sering diperli
rakan-rakan sekelas. Saya lagi suka terperap di dalam bilik dari keluar bergaul
dengan rakan-rakan yang lain. Ini membuatkan saya hilang keyakinan diri dan
menjejaskan emosi harian. Saya puas mengamalkan segala petua dan tip tetapi
masih tidak berjaya dan ada masanya ia tumbuh semakin banyak. Saya benci dengan
keadaan ni.
Keluhan seorang pelajar IPT
Tidak semua orang memiliki kulit
yang cantik dan bebas cela, sememangnya jerawat adalah musuh bagi semua orang
yang pernah mengalaminya. Rasa benci yang sangat mendalam dan tidak mahu ia
terus berlaku setiap hari.
Kenapalah jerawat ni nak tumbuh
sangat?
Fahami kenapa ia terjadi. Percayakah jika saya katakan anda adalah
puncanya?
Semuanya bermula dari kita.
5 Langkah untuk menghalang
jerawat tidak muncul sampai bila-bila pun
Minum air masak secukupnya
Air masak membantu menyingkirkan toksid dari badan anda. Anda kerap
minuman manis dan jarang untuk minum air masak. Amalan minum air
sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk keperluan tubuh badan. Jangan bimbang jika
anda kerap ke tandas untuk membuang air. Sentiasa bekalkan diri anda dengan
bekalan air masak secukupnya dan kurangkan minuman manis.
Jangan sentuh kulit muka
Kuku dan jari anda mengandungi banyak bacteria. Menyentuh atau mengaru
kulit menyebabkan berlaku jangkitan pada kulit anda dan menjadikan ia lebih
teruk. Mungkin sudah menjadi tabiat untuk memicit jerawat dan whitehead kerana
bagi anda ia kelihatan merimaskan.
Pengambilan vitamin C
Vitamin C sangat bagus untuk kulit anda. Anda boleh memilih untuk
memakan buah-buahan atau supplement dan lakukannya secara konsisten. Ada
pendapat yang mengatakan pengambilan vitamin C membantu kita mendapatkan usus
yang bersih, ini kerana usus yang bermasalah menyebabkan nutrient dari makanan
gagal diserap dengan baik. Vitamin C bertindak membersihkan permukaan usus
supaya meningkatkan penyerapan nutrient. Disamping itu juga, vitamin C membantu
menyejukkan badan kerana peningkatan suhu badan turut menyumbang kepada
pengeluaran minyak pada muka dan badan.
Kawal emosi anda
Selalu stress atau mudah beremosi juga menyebabkan timbulnya jerawat
ini. Belajar menguruskan stress dengan baik. Contohnya beri masa untuk diri
anda untuk beriadah atau bercuti bersama-sama rakan untuk melupakan seketika
urusan kerja dan masalah yang dihadapi.
Elakkan pemakanan penyebab
jerawat
Makanan juga penyebab jerawat ini muncul. Pastikan makanan yang
bagaimana menyebabkan jerawat anda ini muncul. Selalunya makanan seperti
kacang, pedas, berminyak dan kolestrol tinggi bertindakbalas pada kulit anda.
Pilih makan yang berkhasiat dan ambil supplement yang bersesuaian.